Kepada usahawan kecil dan sederhana, ada berita baik untuk anda..yey skettt
Sekarang telah dibuka pendaftaran untuk:
1) Geran Tunas Belia Usahawan (TUBE) by SME Corp - worth RM15k
2) Geran SUPERB by TERAJU - worth RM500k
Tunas Belia Usahawan:
Saya adalah salah seorang peserta batch pertama TUBE yang berjalan pada tahun lepas iaitu sekitar bulan December 2014 dan telah berjaya mendapat geran sebanyak RM15k.
Selain mendapat geran, anda juga akan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar berkenaan perniagaan anda.
Dapat duit, dapat bimbingan lagi for free..so nak apa lagi beb.
-Sedikit info berkenaan TUBE ( dikongsi oleh Puan Lily Sabrina Md Saberi)
1. Permohonan dibuka secara online pada 1 Julai 2015. Tarikh tutup pada 31 Julai 2015
2. Mulai 1 Julai nanti anda boleh mohon dan isi borang dihttp://tube2.smecorp.gov.my/user/register
3. Tidak perlu menyediakan sebarang kertas kerja untuk menyertai TUBE 2.0
4. Anda hanya perlu menulis ESEI berkaitan perniagaan anda dan kenapa anda ingin menjadi usahawan di dalam borang online tersebut.
PROSES :
● Saringan kesihatan akan dilakukan.
● Mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
● Golongan peniaga boleh menyertai bagi memantapkan lagi perniagaan.
● Pengambilan kumpulan pertama program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) bermula 23 Jun 2015
1. SME CORP akan buat pemilihan
2. Jika anda terpilih anda akan dipanggil untuk temuduga
3. Jika terpilih anda perlu hadir mengikuti kem selama 1 minggu ( FASA 1)
4. Dalam kem anda akan diajar dan diuji beberapa perkara .
5. Jika terpilih dan memenuhi kriteria, anda akan dipilih untuk mengikuti kem (Fasa 2) selama 1 atau 2 minggu.
6. Mereka yang terpilih untuk ikuti FASA 2 adalah mereka yang akan menerima geran RM15,000
CADANGAN SAYA :
1. Sertai TUBE 2.0
2. Uji ketahanan mental dan fizikal anda
3. Anda akan tahu adakah idea perniagaan anda memenuhi kriteria dan mempunyai nilai komersial, your business model sound viability, anda usahawan yang berdaya saing, berdaya tahan, dan berdaya maju atau tidak.
4. Jika anda perlukan bimbingan untuk memastikan anda menulis esei dengan baik tentang perniagaan anda dan bagaimana membuat pembentangan / pitching idea anda dengan baik saya sedia membantu anda
INFO TUBE 2.0
TUBE - by SME CORP
Tube yang akan dikendalikan SME Corp dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), melibatkan usahawan muda melalui tiga fasa sebelum diberikan geran permulaan perniagaan sebanyak RM15,000.
● Fasa pertama ialah ketahanan jati diri yang memerlukan usahawan muda melalui latihan berbentuk fizikal dan mental.
● Fasa kedua berkaitan bengkel perniagaan dan fasa ketiga merangkumi pelaksanaan perniagaan.
● Fasa ketiga ialah pelaksaan perniagaan oleh peserta yang akan dapat bantuan sekiranya melepasi fasa satu dan dua.
Dibawah fasa ketiga ini juga peserta akan dibimbing oleh kaunselor perniagaan, kaunselor kewangan dan panel penasihat pakar perniagaan dari pihak SME Corp di bawah 'sistem kawan' selama 12 bulan.
Kriteria dan syarat untuk melayakkan diri ke dalam program TUBE
● Lepasan universiti, lepasan sekolah dan daripada jabatan belia.
>>> Info berkenaan SUPERB akan dikongsi pada next entry ;)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ReplyDeleteSis, nak tanya ade x diantara peserta Tube u join tahun lepas yg telah hadir Kem utk Fasa 1&2 tapi tak layak dpt geran?