Tuesday, June 23, 2015

Cara Basuh Karpet

Assalamualaikum & Hello! :)


Sekarang Suci Suffi Dobi mula banyak terima tempahan basuhan karpet.
Happy sebenarnya boleh basuh karpet sebab boleh main air ;p

Ok nak bagi soalan kuiz sket.


Kenapa orang hantar karpet untuk dibasuh di kedai dobi? Jeng..jeng..jenggg

Haaaa sape pandai boleh bagi jawapan but don't expect dapat hadiah pn okkey sebab jawapan die senang kacang jewwwwhhhh...

Jawapan die,

Sebab karpet susah and renyah untuk korang basuh sendiri. Kan..?kan..? Ngaku please..

Sebab tu cas untuk basuh karpet mahal, kerana ianya susah, renyah dan memerlukan effort yang lebih untuk basuh ;)


Well kita pn xpandai sangat mulanya basuh karpet. Masa mula-mula costumer hantar karpet ke kedai, oh my blur nyelah nak basuh cmne. Bila dah basuh dengan semangat segala bagai, still ada bau tengik, busuk mcm stokin busuk..huuu huuu...Haru sangat jah..

But, biasanya bila ada masalah kita akan cuba cari solution kan? That's how this life works, when there is problems, you have to find solutions instead of giving up. Aiite?! Eceh bagi ceramah pulakkk...

Nak dipendekkan cerita, after googling here and there..yeah i google a lot..Kita jumpelah few tricks and method mcne nak basuh karpet ni.

Hope it can help you guys! Tak kisahla kedai dobi, or anda memang individu rajin nak basuh sendiri, so here are the steps:

1) Vacuum

Mula-mula vakuum di bahagian depan dan juga belakang karpet untuk hilangkan segala debu dan kotoran yang terperangkap.

Kita guna 2 way vacuum, brand Cornell. Harga dalam RM400++. 2 way vacuum ni maksudnya dia boleh guna untuk sedut debu as well as air juga. So senang 1 machine boleh buat 2 kerja.

Cornell 2-way Vacuum



Biasa kalau brand power, segala habuk, debu dan kotoran akan disedut. But if after vakuum still ada rambut or whatever yang masih melekat dekat karpet tu, korang guna berus. Cam ni:



Multipurpose Soft Brush


So berus ajelah manually dekat karpet tu sampai ianya tulus dan mulus. ahahaha..gelak dekat lawak sendiri yang xmenjadi blurggghh.


2) Air & Sabun


After dah vakuum bagai, kita perlu semburkan air pada karpet untuk basahkan dia. And then boleh letak sabun. Sabun terpulanglah dekat korang nak guna sabun apa. Kita dkt kedai dobi guna sabun ni;



Sabun yg kita guna memang special kerana:

i) Formulated by SIRIM
ii) Khas untuk cater keperluan penjara. (obviously it has to be super clean)
iii) Tanak cakap banyak, boleh cuba sendiri baru boleh tau kualiti dia

After that biarkan karpet tu for like 10 minutes, kita bagi dia set and kembang dlu segala kotoran dalaman tu. So that nanti nak basuh dia senang sket nak keluar.

3) Water  jet

Bila dah tinggal for about 10  minutes tu, it's time untuk kita basuh dia properly.

Ok ada 2 kaedah di sini:

1st, basuh manually dengan berus untuk yang tak ada water jet.
2nd, guna water jet bebeh. Senang gila kalau ada water jet sebab kita guna high pressure water untuk basuh so karpet akan super clean.

Bosch Water Jet

Di kedai dobi, kita guna Water Jet jenama Bosch, masa beli tu masa ada promosi. Harga normal dalam RM700++ xsilap, but we got promo price which was RM400++ ..ahakss..

Bila guna water jet, disamping membasuh, kita juga automatically akan bilas dia sebab kita terus guna air kan. So boleh jimat masa korang tau jahhh...

Kalau tak ada Water Jet pom dakpe.. usah risau, boleh guna berus. Guna berus pun bersih jugak. After dah sental semua, kena bilas dengan air sampai hilang semua sabunnya.

4) Vakuum

Ok back to vacuum againn. Lepas dah bilas dengan air sampai hilang semua sabun, karpet tu of course dah basah lencun abesla kan. Time ni berdebar sket, sebab dah nak abes basuh . Bila dah kering pleaselah jangan ada bau stokin busuk lagi kan..wuwuwuwuww

So ape fungsi vakuum dkt sni? Pentingnya untuk kita guna 2 way vakuum td adalah disebabkan inilah. So that kita boleh sedut air dari karpet yang dah di basuh tadi sampai tiada air menitik.

5) Keringkan.

So bolehlah jemur karpet tersebut bawah matahari/kipas supaya ianya cepat kering. Cepat pun xcepat sangatlah..Nama pun karpet, memang it takes time la nak kering.

Biasa kita akan sembur softener. Bila dah kering baru kita sembur pewangi.

6) Siap!

Siap dahlaaaaa....



So itulah dia cerita dia. This is my method, some people guna method lain. So korang gunalah mana yang sesuai dengan korang. Semoga bermanfaat.

Last  but not least, kepada sesiapa yang ingin menjadi agent sabun kami, sila hubungi

012-5446221 (whatsapp/mesej)


Majulah Suci Suffi Dobi untuk Negara Malaysia ;p

4 comments:

  1. Cam ne nk basuh carpet tatami ni..please help me

    ReplyDelete
  2. salam saya baru bukak dobi,tadi ade customer tanye carpet ambik tak untuk basuh,saya kata ambik,tapi kedai bukak lagi dua ari,tapi skang tengah pikir macam mana nak basuh sebab saya takde water jet dan vecium....

    ReplyDelete