Thursday, June 25, 2015

GERAN TUBE & SUPERB (PART 2)

Assalamualaikum & Hello guys.


Sambungan kepada entry semalam.

Semalam dah cerita pasal Geran TUBE by SME Corp. 
Siapa yang terlepas baca entry tersebut...nahhh ni click sini GERAN TUBE & SUPERB


So now it's time to talk about SUPERB by TERAJU.


SUPERB by TERAJU


Superb Teraju Bizpitch adalah bernilai RM500,000 yeah count the zeroes please guys. Ianya adalah geran untuk start-up dan usahawan muda yang mempunyai idea yang kreatif dan inovatif.

Which means, you just need great ideas! Yes, only ideas people..When talking about biiiggg money, well RM500k is big for me..Of course its not gonna be an easy road for you guys. But, usaha itu tangga kejayaan. No..?

Sesetengah geran .. I will not mention which..because I do not remember the names :'(
untuk dapat geran yang banyak, usahawan perlu mempunyai syarikat yang telah beroperasi selama 3 tahun atau lebih. Which this is not soooo favourable untuk individu-individu yang ada great ideas in mind but you don't really have capital.

Me too, eagerly nak join. But the sad news is, for those yang pernah dapat geran under government, then korang tak boleh apply for this SUPERB geran. Bagi can orang lain lah pulak katanyaaa...Some people said, " Alah redah jelah, diorang xcheck kot". Well hmmm...yes true saya memang penakut sikit. If things go wrong..masak makkk...So saya tanak ambil risiko.

So guys, decide betul-betul nak apply yang mane..if you're chicken like mee boooyahh.. Just simply because you can't have both guys. But the decision is yours dudeee so think wisely and decide hokkeyy.

For TUBE, program ni baru diperkenalkan tahun lepas, 2014. So this year is the 2nd batch for them.
I'm not so sure program ni akan ada every year as said before, kalau ianya berjaya memberi impak kepada usahawan ianya akan diteruskan for the next years. And also if they got budget lah kan.

As for SUPERB, they are super kind you now. Dalam setahun ade 3 kali pendaftaran, so get prepared and even if you dah join and you fail you boleh apply lagi sampailah berjaya..itupun kalau korang tegar sengotilah..


So apa tunggu lagi? Go check the website and apply now noww nowwwwww!!


1) Login http://superb.teraju.gov.my/
2) Login dengan email
3) Kalau belum daftar , sila daftar dan sahkan email
4) Pilih Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
5) Isi borang online
6) Buat video pitching 2 minit (guna handphone pun dah ok paling penting pitch idea dengan betul dan menarik)
7) Hantar borang
8) Tunggu email daripada TERAJU jika anda terpilih untuk ke peringkat Semifinal
9) Jika terpilih akan ikuti Bootcamp 7 hari di MAGIC Cyberjaya ( dalam 35 orang akan dipilih sebagai semifinalist)
10) Pitching dan lebih kurang 25 orang akan terpilih untuk jadi Finalist
11) Tunggu keputusan siapa yang dapat geran RM500,000 ( 20 orang akan dipilih sebagai penerima geran RM500K)

Dateline 23 Ogos 2015.(This is for 3rd quarter, which is the last quarter for this year)

Once  saya pernah sertai bengkel SUPERB oleh Puan Lily Sabrina, it's like preparation workshop for those yang nak apply SUPERB. yeah I know I tak layak but nak join jugak bengkel..so what..?hehe


Please visit her FB "Lily Sabrina Md Saberi" it's not a link dude..I'm still learning thanks for your understanding   for advice, tips etc. 3 orang peserta bengkel beliau telah berjaya memenangi geran pada 2014. So obviously she is someone to look for knowledge sharing and tips. Some of my entry content pun ada diambil dari FB Puan Lily. So boleh juga check her FB for info.

It is always good to get prepared before the battle. Right? ;)

So, good luck guys!

Oh this is a story from the girl that won the grant.inspiring journey to get a picture of what SUPERB is. Ok?CIPELA FOUNDER

Adios.


Salam :)

Wednesday, June 24, 2015

GERAN TUBE & SUPERB

Assalamualaikum & Good Day.


Kepada usahawan kecil dan sederhana, ada berita baik untuk anda..yey skettt

Sekarang telah dibuka pendaftaran untuk:

1) Geran Tunas Belia Usahawan (TUBE) by SME Corp - worth RM15k
2) Geran SUPERB by TERAJU - worth RM500k


Tunas Belia Usahawan:



Saya adalah salah seorang peserta batch pertama TUBE yang berjalan pada tahun lepas iaitu sekitar bulan December 2014 dan telah berjaya mendapat geran sebanyak RM15k.

Selain mendapat geran, anda juga akan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar berkenaan perniagaan anda.

Dapat duit, dapat bimbingan lagi for free..so nak apa lagi beb.



-Sedikit info berkenaan TUBE ( dikongsi oleh Puan Lily Sabrina Md Saberi)


1. Permohonan dibuka secara online pada 1 Julai 2015. Tarikh tutup pada 31 Julai 2015
2. Mulai 1 Julai nanti anda boleh mohon dan isi borang dihttp://tube2.smecorp.gov.my/user/register
3. Tidak perlu menyediakan sebarang kertas kerja untuk menyertai TUBE 2.0
4. Anda hanya perlu menulis ESEI berkaitan perniagaan anda dan kenapa anda ingin menjadi usahawan di dalam borang online tersebut.


PROSES :


● Saringan kesihatan akan dilakukan.
● Mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
● Golongan peniaga boleh menyertai bagi memantapkan lagi perniagaan.
● Pengambilan kumpulan pertama program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) bermula 23 Jun 2015

1. SME CORP akan buat pemilihan
2. Jika anda terpilih anda akan dipanggil untuk temuduga
3. Jika terpilih anda perlu hadir mengikuti kem selama 1 minggu ( FASA 1)
4. Dalam kem anda akan diajar dan diuji beberapa perkara .
5. Jika terpilih dan memenuhi kriteria, anda akan dipilih untuk mengikuti kem (Fasa 2) selama 1 atau 2 minggu.
6. Mereka yang terpilih untuk ikuti FASA 2 adalah mereka yang akan menerima geran RM15,000

CADANGAN SAYA :
1. Sertai TUBE 2.0
2. Uji ketahanan mental dan fizikal anda
3. Anda akan tahu adakah idea perniagaan anda memenuhi kriteria dan mempunyai nilai komersial, your business model sound viability, anda usahawan yang berdaya saing, berdaya tahan, dan berdaya maju atau tidak.
4. Jika anda perlukan bimbingan untuk memastikan anda menulis esei dengan baik tentang perniagaan anda dan bagaimana membuat pembentangan / pitching idea anda dengan baik saya sedia membantu anda

INFO TUBE 2.0

TUBE - by SME CORP
Tube yang akan dikendalikan SME Corp dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), melibatkan usahawan muda melalui tiga fasa sebelum diberikan geran permulaan perniagaan sebanyak RM15,000.

● Fasa pertama ialah ketahanan jati diri yang memerlukan usahawan muda melalui latihan berbentuk fizikal dan mental.
● Fasa kedua berkaitan bengkel perniagaan dan fasa ketiga merangkumi pelaksanaan perniagaan.
● Fasa ketiga ialah pelaksaan perniagaan oleh peserta yang akan dapat bantuan sekiranya melepasi fasa satu dan dua.
Dibawah fasa ketiga ini juga peserta akan dibimbing oleh kaunselor perniagaan, kaunselor kewangan dan panel penasihat pakar perniagaan dari pihak SME Corp di bawah 'sistem kawan' selama 12 bulan.
Kriteria dan syarat untuk melayakkan diri ke dalam program TUBE
● Lepasan universiti, lepasan sekolah dan daripada jabatan belia.

>>> Info berkenaan SUPERB akan dikongsi pada next entry ;)

Tuesday, June 23, 2015

Cara Basuh Karpet

Assalamualaikum & Hello! :)


Sekarang Suci Suffi Dobi mula banyak terima tempahan basuhan karpet.
Happy sebenarnya boleh basuh karpet sebab boleh main air ;p

Ok nak bagi soalan kuiz sket.


Kenapa orang hantar karpet untuk dibasuh di kedai dobi? Jeng..jeng..jenggg

Haaaa sape pandai boleh bagi jawapan but don't expect dapat hadiah pn okkey sebab jawapan die senang kacang jewwwwhhhh...

Jawapan die,

Sebab karpet susah and renyah untuk korang basuh sendiri. Kan..?kan..? Ngaku please..

Sebab tu cas untuk basuh karpet mahal, kerana ianya susah, renyah dan memerlukan effort yang lebih untuk basuh ;)


Well kita pn xpandai sangat mulanya basuh karpet. Masa mula-mula costumer hantar karpet ke kedai, oh my blur nyelah nak basuh cmne. Bila dah basuh dengan semangat segala bagai, still ada bau tengik, busuk mcm stokin busuk..huuu huuu...Haru sangat jah..

But, biasanya bila ada masalah kita akan cuba cari solution kan? That's how this life works, when there is problems, you have to find solutions instead of giving up. Aiite?! Eceh bagi ceramah pulakkk...

Nak dipendekkan cerita, after googling here and there..yeah i google a lot..Kita jumpelah few tricks and method mcne nak basuh karpet ni.

Hope it can help you guys! Tak kisahla kedai dobi, or anda memang individu rajin nak basuh sendiri, so here are the steps:

1) Vacuum

Mula-mula vakuum di bahagian depan dan juga belakang karpet untuk hilangkan segala debu dan kotoran yang terperangkap.

Kita guna 2 way vacuum, brand Cornell. Harga dalam RM400++. 2 way vacuum ni maksudnya dia boleh guna untuk sedut debu as well as air juga. So senang 1 machine boleh buat 2 kerja.

Cornell 2-way Vacuum



Biasa kalau brand power, segala habuk, debu dan kotoran akan disedut. But if after vakuum still ada rambut or whatever yang masih melekat dekat karpet tu, korang guna berus. Cam ni:



Multipurpose Soft Brush


So berus ajelah manually dekat karpet tu sampai ianya tulus dan mulus. ahahaha..gelak dekat lawak sendiri yang xmenjadi blurggghh.


2) Air & Sabun


After dah vakuum bagai, kita perlu semburkan air pada karpet untuk basahkan dia. And then boleh letak sabun. Sabun terpulanglah dekat korang nak guna sabun apa. Kita dkt kedai dobi guna sabun ni;



Sabun yg kita guna memang special kerana:

i) Formulated by SIRIM
ii) Khas untuk cater keperluan penjara. (obviously it has to be super clean)
iii) Tanak cakap banyak, boleh cuba sendiri baru boleh tau kualiti dia

After that biarkan karpet tu for like 10 minutes, kita bagi dia set and kembang dlu segala kotoran dalaman tu. So that nanti nak basuh dia senang sket nak keluar.

3) Water  jet

Bila dah tinggal for about 10  minutes tu, it's time untuk kita basuh dia properly.

Ok ada 2 kaedah di sini:

1st, basuh manually dengan berus untuk yang tak ada water jet.
2nd, guna water jet bebeh. Senang gila kalau ada water jet sebab kita guna high pressure water untuk basuh so karpet akan super clean.

Bosch Water Jet

Di kedai dobi, kita guna Water Jet jenama Bosch, masa beli tu masa ada promosi. Harga normal dalam RM700++ xsilap, but we got promo price which was RM400++ ..ahakss..

Bila guna water jet, disamping membasuh, kita juga automatically akan bilas dia sebab kita terus guna air kan. So boleh jimat masa korang tau jahhh...

Kalau tak ada Water Jet pom dakpe.. usah risau, boleh guna berus. Guna berus pun bersih jugak. After dah sental semua, kena bilas dengan air sampai hilang semua sabunnya.

4) Vakuum

Ok back to vacuum againn. Lepas dah bilas dengan air sampai hilang semua sabun, karpet tu of course dah basah lencun abesla kan. Time ni berdebar sket, sebab dah nak abes basuh . Bila dah kering pleaselah jangan ada bau stokin busuk lagi kan..wuwuwuwuww

So ape fungsi vakuum dkt sni? Pentingnya untuk kita guna 2 way vakuum td adalah disebabkan inilah. So that kita boleh sedut air dari karpet yang dah di basuh tadi sampai tiada air menitik.

5) Keringkan.

So bolehlah jemur karpet tersebut bawah matahari/kipas supaya ianya cepat kering. Cepat pun xcepat sangatlah..Nama pun karpet, memang it takes time la nak kering.

Biasa kita akan sembur softener. Bila dah kering baru kita sembur pewangi.

6) Siap!

Siap dahlaaaaa....



So itulah dia cerita dia. This is my method, some people guna method lain. So korang gunalah mana yang sesuai dengan korang. Semoga bermanfaat.

Last  but not least, kepada sesiapa yang ingin menjadi agent sabun kami, sila hubungi

012-5446221 (whatsapp/mesej)


Majulah Suci Suffi Dobi untuk Negara Malaysia ;p

Hello World

Assalamualaikum & Good Day!

This is 2015 yawww..! And saya baru nak belajar how to blogging. Hewhewhew..

Anyway, Salam Ramadhan guys :)